Monday, 21 May 2018

Game Over




Thank you for the great 7 years. Through ups & downs. 




THE END :)

Sunday, 11 February 2018

Sweet 27!

Assalamualaikum & hye

7 February bertandang lagi!
dan
tahun ini secara rasminya seorang Yasira Rusydinah Izni Binti Yahya
telah berumur 27 tahun. hehehe
walaupun dah masuk 27 tahun
tapi jiwa aku still sweet 17..kahkah

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di bumi ALLAH.


nah belanja gambar birthday girl yang comot..hahaha
Happy birthday untuk diri sendiri!

by the way, nak ucapkan
Terima kasih kepada mak & ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak, jaga kakak dari kecil sampai besar & macam-macam lagi. 
Tak terbalasa jaga mereka .

Terima Kasih juga untuk yang buat surprise, siap hantar chocolate bouquet...sumpah terharu
Terima kasih untuk yang datang rumah ambik & bawa belanja makan
Terima kasih kepada yang wish, mendoakan, menyanyi, buat video apa semua
Saya sayang anda semua
Moga murah rezeki kalian & moga apa yang kalian doakan termakbul, 
AMIN! 


Umur pun dah masuk 27 tahun
tapi masih ada banyak perkara & benda yang belum terlaksana
tapi takpe kita slow & steady je,
Kang kalau kalut-kalut kejar, apa pun tak dapat.

Doakan yang baik-baik ye?
:) 

Harap tahun ni seorang Yasira Rusydinah Izni dapat kerja, boleh tolong mak ayah & jadi kurus!
AMIN 

hehehehe

Degree : The End

Assalamualaikum & hye!

ok kali ni rajin sikit nak menaip kat blog.
Al maklum lah, dah jadi penganggur terhormat,
pastu takde keje nak buat, so menaip jela.

7 February yang lalu
genaplah umur aku 27 tahun 
dan
pada hari yang sama juga result final keluar.
Alhamdulillah semuanya lulus 

Jadi,
dengan ini aku mengisytiharkan 'MERDEKA"
untuk diri sendiri..heheh.
Dah boleh buang title "pelajar" buat sementara ni 
(insyaALLAH pegang balik title tu time nak sambung Master & PhD)


Syukur, Alhamdulillah

macam tak sangka dah habis degree.
Masih teringat lagi time mula-mula masuk degree
time tu semangat tak kuat, hari-hari nangis
rasa nak berhenti.
Mak aku adalah orang yang selalu dengar aku mengadu pasal degree.

Walaupun pada mulanya rasa nak give up
tapi aku cari balik kekuatan untuk teruskan degree.
Aku nak capai cita-cita dan impian keluarga aku yang nak tengok aku berjaya

Perjalanan nak dapatkan degree ni tak semudah masa belajar diploma dulu.
Jujur aku cakap, banyak tekanan dan dugaan yang aku alami
tapi Alhamdulillah, aku berjaya menempuhi semua itu,
yang penting hati kena kental.

Terima kasih kepada mak & ayah yang selalu doakan kakak,
bagi sokongan tanpa jemu dekat kakak

Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu 
memberikan ilmu & sokongan kepada saya

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu bagi kata semangat untuk aku terus berusaha mendapatkan degree.. (especially untuk manusia-manusia yang bagi ayat motivasi ni, tq korang!)

Terima kasih yang tak terhingga la kepada semua
yang mendoakan & memberikan sokongan.

So,
sekarang ni fasa mencari kerja.
Ada sesiapa yang sudi nak kasi aku kerja?hehe

Doakan proses mencari kerja berjalan lancar
ni dah masuk fasa nak tolong mak ayah yang dulunya bersusah payah jaga makan pakai aku
Doakan juga dipermudahkan urusan nak tolong mak ayah ye :)

Ermmmm,
ada juga yang tanya
tak nak sambung Master ke?
sapa tak nak sambung kan? mesti la nak!

InsyaALLAH,
maybe akan sambung lepas 3-4 tahun kerja.
Doa-doakan ye.

AMIN :)








Tuesday, 16 January 2018

Last Day Ber-Intern

Assalamualaikum & hye
hari ni kerajinan nak update blog :)

saja nak share
actually today is my last day ber-intern dekat DeliverEat ni.

sedih rasa weh
iyela,
tempat yang hang paling tak benci
dah jadi tempat yang paling hang sayang
sebab tue orang tua-tua pesan jangan benci-benci sangat nanti jatuh sayang
ha dah benda jadi dah kat aku sekarang ni.

alhamdulillah sepanjang proses berlatihan industri kat sini
semuanya dipermudahkan.
Macam-macam benda belajar kat sini
dari hal kerja sampai la ke hal persahabatan

so secara rasminya aku akan habis berlatihan industri lagi 2 jam setengah
dan pastinya aku akan merindui semua momen-momen indah sepanjang aku kat sini







Thank you for all the memories we've shared together
It has been a great pleasure working with you guys

Bye & Take care :)







p/s : kepada pemberi hadiah, tq tau. Kacira loves you

Monday, 13 November 2017

Internship

Hye & assalamualaikum!
pekabo?

rindu sebenarnya nak meng-update blog
tapi serius busy

makin hari blog ni makin terbiar
semenjak duk ber-intern nie
makin malas rasanya nak update blog nie..hahaha

alhamdulillah
misi nak mengenggam ijazah tue semakin hampir
tak sabarnya nak habis!

sedar tak sedar dah dekat 4-5 bulan aku ber-intern 
dekat Deliver Eat sekarang nie
alhamdulillah so far tempat intern ok
manusia-manusia dalam tue pun ok

ramai tanya kenapa lama benau aku intern
meh sini nak story

patutnya aku intern mula September sampai December
tapi aku dapat offer masuk awal
so terjebak la aku mula dari bulan July sampai pertengahan bulan January

eh?
dah kenapa bulan January bukannya December?

sebabnya
aku dah mc dekat 2 minggu time bulan September tue
nak tak nak kena la ganti
as syarat pengijazahan nanti

so takpela
saya yang menurut perintah! haha

sekarang nie aku tengah 
meniti hari untuk tamat intern!

doakan semuanya berjalan lancar tau...hehe

sebelum mengundurkan diri
nah aku lanje gambau aku dengan colleague aku!



kbye!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...