Sunday 26 October 2014

Ayat Motivasi

Semenjak dua menjak nie aku suka sangat rasa down
cepat benau rasa stress, nak nangis, sensitip

pastue mula la keluar ayat merapu
"aku nak benti belajar lah"
=_=

perjuangan baru nak bermula, aku dah nak mengalah
baru sem satu wei.

so bila aku down
aku pun mengadu dekat best friends aku

dan
aku dapat ayat motivasi macam nie (sebab panjang aku ringkaskan jela ye)

A: Degree nie mana ada bahagia mana pun tapi kenala kuat sikit.
Memang hati jiwa raga kena kuat. Itulah kuncinya. 

B: Setiap permulaan pasti ada kesusahan. Belajar nie kan satu jihad. InsyaAllah, Allah akan  memudahkan bagi setiap hamba-NYA.  Kenapa Allah saja nak bagi kita rasa susah pada   mulanya? Sebabnya DIA nak kita rasa kemanisan di penghujungnya nanti. Enjoy every moment time belajar nie.

C: Belajar untuk dapat ilmu. Untuk dapat redha Allah, yang penting usaha, doa & tawakkal. Memang sekarang rasa stress, percayalah nanti bila kerja akan rindu zaman study

lepas fikir dan hadam balik kata-kata diaorang nie
barula aku sedar diri dan baru rasa diri nie bemotivasi sikit.

ala
baru sem satu kan?
chill lah
*kata-kata semangat untuk diri sendiri* Kunun...hahaha

kepada anda yang sentiasa memotivasikan aku
thanks ya :)

so sekarang dah tak mau stress-stress

Figthing!!!




Saturday 4 October 2014

Kem Pewaris Muda

*Cerita Basi*

sebenarnya nie cerita minggu lepas..
tapi disebabkan kekangan masa dan aku macam
tak berapa nak ada idea nak ketuk keyboard nie
makanya terperam ajerla cerita nie..
so rinie aku macam rajin sikit nak ketuk keyboard & share story mory pasal
Kem Pewaris Muda yang aku & classmate aku join last week.

rabu lepas aku dapat SMS dari En. Hafiz (HEP Kolej) suruh join
kem nie & minta tolong aku bagitau geng-geng yang lain pasal kem nie.

lepas tolak tambah bahagi campur..
bertolak lah kami ber 12 ( 4 lelaki & 8 perempuan)
ke Kem Pewaris Muda anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang
 di Homestay Kampung Ujung Bukit, Perlis.


~sempat ber-group-fie sebelum bertolak ke Perlis..
tengok sporting gila HEP kitaorang~

kitaorang gerak dari Penang dalam pukul 8 lebih
tapi sebelum tue sempat amik peserta lain dari Institut Pendidikan Guru (IPG)
lepas tue kitaorang teruskan perjalanan ke Perlis..

selamat tiba di Perlis lebih kurang pukul 1 lebih


mula-mula sampai memang super duper excited 
sebab suasana tempat nie sangat best!
tambah-tambah untuk korang yang jarang masuk kampung or yang takde kampung
korang bolehla datang stay semalam dua kat sini
kalau nak rasa duduk kat kampung macam mana.

lepas makan, daftar semua kitaorang dah ada aktiviti
aku lupa nama slot nie tapi
kitaorang gi pusing-pusing kampung dan bawak barang untuk di sumbangkan kepada
 orang kampung khas dari pihak Jabatan Penerangan Pulau Pinang
untuk orang-orang yang kurang berkemampuan.

~peace~


dah agak petang sikit
kitaorang dah gerak balik ke homestay masing-masing
tapi sebelum tue diaorg sempat jalan-jalan kat atas batas bendang tue


budak-budak nie rajin gila join
aku & adalah dua tiga orang yang tak join
sebab takut jatuh dalam bendang tue..haha

malamnya kami berkumpul dan buat pembahagian kumpulan

dan 
nie adalah kumpulan aku


Dextrous
tue nama kumpulan aku
hasil cetusan idea si Mardhiah budak kumpulan aku..

time niela nak berkenalan, nak bermesra dengan ahli group masing-masing.
hari pertama sopan santun lagila..
masuk hari kedua & ketiga semua dah tunjuk kepala gila-gila..

hari keduanya pula kami memulakan dengan aktiviti senam seni


best wei!
macam korang menari
masalahnya cuma tangan aku keras & tak reti nak ikut step sangat
memang hancurla bila aku buat senam seni nie
hilang semua seni dalam senaman tue aku buat..
ada yang sempat aku ikut step
yang mana tak sempat tue aku main belasah je ikut step aku..hiks!

lepas buat senam seni
kitaorang beramai-ramai bergotong royong bersihkan kawasan sekitar kampung



aku rasa macam aku lagi banyak tangkap gambar
 daripada duk sapu sampah
pantang nampak kamera lepas semua batang penyapu
posing dulu depan kamera..kehkehkeh

abis je slot gotong royong tue
kami diserahkan kepada keluarga angkat kami mengikut group masing-masing..
group aku diserahkan kepada Pak Su.

Pak Su nie kira ayah angkat group kamila waktu kat sana


nie kami buat ramai kat rumah Pak Su..
Pak Su yang pakai baju kuning tue tau..

Alhamdulillah kunjungan kami disambut baik oleh seluruh keluarga Pak Su..
sempat berbual-bual & beramah mesra dengan beliau dan keluarga
sebelum memulakan acara "masuk bendang"

lepas je slot bersama keluarga angkat tue tamat
lebih kurang dalam pukul 5 kami semua
berkumpul depan bendang..

acara  nie yang paling excited sekali
acara masuk bendang..hehe

mula-mula bila fasi-fasi kitaorang suruh cuba naik
menda alah nie


aku & 2 3 orang kawan aku buat dunno jelah..
adalah orang lain try kan..tapi aku memang tak nak try
sebab bajet tak nak kotorkan baju..
yelah bawak baju datang kem bukannya banyak..
tapi 
tue perasaan sebelum masuk bendang lah eh..
lepas tue kawan aku si Choda nie ajak geng-geng kolej masuk bendang 
dan main bola dalam bendang tue..

bila fikir-fikir balik macam rugi je la kan kalau tak join..
bila lagi nak masuk bendang kan?

so
masuklah kami ke dalam bendang


nie muka tak ikhlas lagi eh...
lepas acara main bola bermula...
mulalah kami main sampai tak ingat dunia



time dah tak fikir baju kotor ke apa...
main belasah je..
fikir seronok jela kan


nie baru muka ikhlas masuk bendang ye ;)

lepas je acara main bola dalam bendang tue
ada pula acara tarik tali
acara nie pun kami join juga tau



memang enjoy habisla main game nie
time nie dah tak kira kalah menang
masing-masing enjoy je game yang ada..

abis je acara nie
kitaorang "bersiram" dengan bantuan abang bomba


time nie baru sedar diri serabai..
takpe lah yang penting semua have fun dalam bendang..
tuela antara slot yang paling tak boleh  lupa..

waktu malam pula
aktiviti diteruskan dengan slot membina 'hovercraft'


lepas buat 'hovercraft nie kami kena naik pula ye
untuk tengok sama ada 'hovercraft' yang di cipta nie berjaya menampung 
semua ahli kumpulan kami atau tidak
tapi kitaorang bukan naik 'hovercraft' yang kami bina
sebaliknya kami kena naik 'hovercraft' yang group lain buat..


nebes gila wei naik mende alah nie
nasib baik tak pecah!

abis je slot nie
sambung pula dengan slot game 'si buta'



game nie kitaorang kena kumpul sebanyak mana
 number atau point yang ada dekat evamat puzzle tue
tapi dengan syarat mata harusla ditutup..
dan group kitaorang menang untuk acara malam tue! *wink*

lepas semua game nie selesai
kami diarahkan untuk balik berehat untuk hari seterusnya.

untuk hari ketiga
kami memulakan dengan acara persembahan dari group masing-masing..
selesai ajer slot persembahan
acara penutupan majlis, penyampaian hadiah & sijil dijalankan

alhamdulillah..
group Dextrous tak pulang dengan tangan kosong
group kami menang group paling berdisiplin..hoyeah!



bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Kampung Ujung Bukit 
dan penduduknya yang ramah tamah

oh!
sebelum gerak balik ke Penang
kami sempat singgah kat Padang Besar


buat ramai kat sini..
ada yang shopping dan ada yang sekadar cuci mata..
nie la port last kami semua berjumpa dan say bye-bye kat antara 
satu sama lain sebelum balik ke institut masing-masing


walaupun letih tapi masing-masing happy!
kami semua akan merindui Kampung Ujung Bukit
dan paling penting sekali semua kenangan kami
dengan pihak Jabatan Penerangan
akan sentiasa ada dalam ingatan kami semua! :)





























Saturday 13 September 2014

Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang

Assalamualaikum & hye!
lama gila tak ketuk keyboard 
*bajet busy* bhehehehe..

memandangkan hari rabu lepas baru je daftar degree
makanya HEP kitaorang adalah plan nak buat xtvt outdoor atau riadah 
untuk student degree yang baru masuk...
kiranya xtvt nie macam ala-ala orentasi untuk pelajar baru a.k.a pelajar degree
yang baru masuk mendaftarla..

tujuan program nie adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kami
yelah, yang mana dulu tak berapa nak kenal
kita makin kenal antara satu sama lain, yang baru kenal kita saling kenal mengenalilah
*aku tak tau ayat aku betul ke tak..pepandailah korang paham :p *
pekehei panjang benor mukadimah aku nie.
ok sambung citer!

so, esoknya (khamis) kami (seramai 13 orang termasuk En.Hafiz, HEP kami) pun ready untuk 
ber-jungle trekking dekat Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang.
waktu mula-mula samapai macam biasalah kena daftar, amik permit dan sebagainya.
lepas tue sempatla buat xtvt panaskan badan dan ada bacaan doa sebelum memulakan xtvt..

malas dah nak type panjang-panjang..aku letak gambar korang tengok jelah eh? 




niela track kitaorang otw nak ke Monkey Beach..
nie kira ok juga lah...ada yang agak susah sikit


best kan view nie?
tengah-tengah mengah meredah hutan nie tetiba dapat view macam nie
agak bestlah..

tak lama lepas tue kitaorang benti kejap
jangan tanya kat mana aku tak tau..haha


niela area kitaorang benti jap tue 


sambil-sambil tue sembang kejap dengan HEP kami
borak pasal akademik, kerjaya & macam-macam lagi..
tak leh borak lama-lama yer..perjalanan haruslah diteruskan :)


detik-detik bila dah nak sampai Monkey Beach *yaaay*
aku tak sempat snap banyak gamba dalam hutan sebab macam penat
dan rasa macam nak cepat sampai je
al maklumla bukan selalu duk berjungle trekking nie
kira aku bajet nak cepat sampai jela walaupun aku yang banyak
 benti je dalam hutan tue..ngeh..ngeh..ngeh

bila dah sampai sana (dekat pukul 1 lebih, kalau tak silap akulah)
kitaorang pun makan tengah hari sambil tue usha-usha pemandangan keliling tempat tue
sementara tunggu bot yang datang pukul 3 petang nanti

sempat ber-selfie & snap dua tiga keping gamba *ok tipu..banyak keping actually..hahha*


ehh kejap nak menyelit
nie kawan baru aku
yang belah kanan tue Kathy dan belah kiri tue Diana(panggil je D)
ada lagi sorang...namanya Safwan..tapi takde lak gambanya *sila redhalah ye kawan*

tepat pukul 3 bot kitaorang pun sampai
jadinya kami dah bole lambai-lambai dekat Monkey Beach nie


yaay! nak balik dah :)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar sewaktu program berlangsung.
walaupun penat tapi kami enjoy!heeeeeee


p/s: belanja satu gamba kami sekelas

Jumaat, 12 September 2014












Wednesday 6 August 2014

Aktiviti di petang raya!

Assalamualaikum & hye!
nie nak update entry citer yang lemau 
iaitu aktiviti 'berfaedah' dipetang 1 Syawal...

memandangkan dihari raya tue takde apa-apa sangat nak buat
nak tunggu orang beraya pun macam takde je nak datang
penat aku tunggu tau..sobss..sobss
bila aku tunggu tak nak datang..aku dah keluar jejalan baru nak datang...sobssssss

last-last ayah aku ajak gi menyemak kat pekan Gemas
katanyer nak cuci mata tengok stesen keretapi Gemas yang baru
takdela baru sangat tapi baru jugala bagi kami yang dah lama tak balik Negeri Sembilan nie kan


mula-mula sampai situ niatnya nak usha tempat tue je
pastue dah tetiba ayah aku ajak naik keretapi gi Segamat
nak tengok pemandangan katanya
sambil-sambil mengenang nostalgia naik keretapi katanya...layankan jela

so ayah aku pun belila tiket untuk ke Segamat


tiket pun dah beli
time untuk tunggu keretapi sampai!


tunggu dan terus tunggu dengan sabar
bila keretapi nak sampai nie
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng...jeng..jeng..


sampai juga keretapi!

perjalanan menaiki keretapi dari Gemas ke Segamat takdela lama mana pun
cuma amik masa 30 ke 40 minit je untuk sampai ke Segamat
lagi cepat sampai dari naik kereta hokkay!
dah le murah...tiket baru harga RM 10 sehala

lepas lebih kurang 40 minit dalam keretapi tue
kitaorang pun selamat sampai ke pekan Segamat..alhamdulillah!

sempatla jalan 2, 3 tapak kat area stesen keretapi Segamat tue..
sebab masa tak mengizinkan nak jalan jauh-jauh..
lain kali lah yerrr..

sementara duk tunggu keretapi untuk balik ke Gemas
aku sempat lagi meluangkan masa dengan


dan nie


hehehehehehe
yela boring duk tunggu keretapi tak mai-mai lagi..
makan ler kudapan nie dulukan..

lepas dekat setengah jam tunggu 
keretapi pun sampai untuk balik ke Gemas.

Alhamdulillah dapat sampai ke Gemas dengan selamat
InsyaAllah ada rezeki kami jejak Segamat lagi tau!
lain kali bukan takat cuci mata je..siap nak pokaikan poket ayah aku sekali
*ok nie tak baik...aku type je tapi tak sampai hati nak buat camtue..hehe*

'Berfaedah' sungguh aktiviti satu syawal aku..
ekekekkekekeke

kbye!







Tuesday 22 July 2014

Kad Raya

Tadi mak aku pegi godek-godek post box
balik je umh mak aku cakap ada kad untuk aku
tanpa segan silu trus buka smpul kad tue

tara!!


kad rayalah

tapi...
siapakah gerangan yang menghantarnya?

aku pun tak tau
so
selak lagi kad nie


tiba-tiba nampak nie

arghhhhh...sweetnya!!
menggamit memori betul
gambar waktu form 5 diprint atas kad raya tue..
*lap-lap hujung mata*
dah dapat agak dah sapa yang hantar!


thanks mat shid!
part gambar kita sekelas tue paling tak sangka :)

apa-apa pun
Selamat Hari Raya juga untuk unk eh mat shid..
Tq..Tq..Tq 


Thursday 17 July 2014

Hati & Perasaan

Seperti kau,
aku juga punya hati dan perasaan.
Tapi,
hati aku bukan untuk 'dipijak-pijak' dan perasaan aku bukan untuk 'dipermainkan'.
Jadi tolong HORMAT hati dan perasaan aku!

Wednesday 4 June 2014

Aku & Handphone

Assalamualaikum & hye!
hari nie kerajinan nk bercerita pasal jenis2 handphone yg penah aku guna
dari dlu smpaila sekarang..
actually handphone ataupun telefon bimbit nie 
salah satu drpd benda paling penting dlm hidup aku..

iyela..kalau xde hndphone cmne la nk call org, 
nk sms, nk mms sumer tue..
tambahan pulak skarang nie dh de mcm2 apps (kalau korang pkai phone yg canggih manggih nie lar kan)
whatsapp la, line la, bee talk, instagrams, twitter,tango,viber n mcm2 lagi
xlarat aku nk senaraikan kat sini
xlupa gak mcm2 jenis games yg korang ley dload utk isi masa lapang

cter panjang2 xguna..
jom nk cter psl jenis2 hndphone yg aku penah guna..

Nokia 2300

Nie handphone pertama sekali yg aku pernah guna.
Aku beli phone nie time aku form 1.
Bertahan sampaila aku form 5 (setia sungguh!)                     
yelah...time skola nie manala nk merasa pkai phone hebat2
yg nie jela mmpu..
Lepas je abis SPM aku cuma guna phone nie xsmpai 4 bln pown sbb tgh gigih kumpul duit nk beli phone baru.
  
Sony Ericsson W380i
Nie handphone kedua aku lps Nokia 2300
Masa nk beli phone nie, kira gigihla kumpul duit
aku siap keja part time kot semata2 nk tukar handphone baru
zaman nie org sumer gila nk pkai phone flip
sbb bajet duk tgk cter korea nun..
dgn aku skali terpengaruh
phone yg kedua nie hanya dpt bertahan 
selama setahun je sebelum hndphone nie
patah 2...ngeeee



Sony Ericsson K800i
lps je phone Sony Ericsson W380i aku tue patah 2
aku beli pula phone nie sebagai pengganti
phone yg patah tue
aku guna phone nie lebih kurang 2 tahun je
pastue dia pown start buat prangai..
bila dia pown dh start buat prangai makanya aku
pown terpaksala gntikan phone dgn phone yg bru






Nokia C3
memandangkan phone aku sebelum 
nie dh smpai hayat makanya tukala phone baru lg 
kali nie terkenan plak kat phone C3 nie
sbb bntuk dia ala2 Nokia E72
almaklumla..nk pakai yg E72 xmmpu..
C3 pown C3 la
Phone nie aku pkai dkt 2 thun lbh
pastue dh start rasa boring dgn C3 nie
tp C3 nie tahan lama tau...
smpai skrang aku masih 
simpan n still bole guna..









Nokia E50
bila dh start boring guna phone C3 tue
aku try plak guna phone nie
actually nie phone ayah aku
tp aku g wat muka seposen n minta
phone nie kat ayah aku..
muslihat berjaya n ayah dgn rela hati 
kasi aku guna phone nie
tp malangnya jodoh kami xlama
phone nie jatuh dlm lubang jamban kat
RnR Sungai Buloh :(
sadis sungguh aku rasa time nie
nasib ayah aku xbising
dia cuma gelak je



Samsung Galaxy S3
Balik je Penang trus aku ajk ayah aku
g cri handphone bru..
actually mmg aku ada niat tuka handphone dh
cuma aku rasa bkn keperluan lg
yelah gigih aku keja part time
kumpul duit sbb ingt nk shopping
 barang keperluan aku yg lg penting
last2 kena beli handphone bru...
sobbsss...sobsssss
lg sadis time aku beli phone
 nie rege dia dkt2 RM 2K
yela time nie phone nie bru je la
 release kat market
sekali lps seminggu aku beli
Samsung release plak S3 wrna merah n 
rege handphone nie trun sbyk RM 300
agk panas hati kat sini
tp nk wat cmnekan..dh beli
jdik guna jela
Alhamdulillah..dh guna handphone  nie dkt 2thn
cuma kekdg je dia dh tnjuk tanda2 minta kena tuka..
tp xpela bkn keperluan pown lg..
so selgi bole guna kita guna dlu ye..

So tue jela antara jenis2 handphone yg penah aku guna..
tak taula kan masa2 akan dtg nk guna yg mana pulak...
sapa ckp handphone tue xpenting?
sila jwb! ngeeeeee
tata!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...