Saturday 31 December 2016

Bye-Bye 2016!

Assalamualaikum & hye!
Im back chuolss!!
hahahahhaah
orang lain busy study & sambut tahun baru
 aku busy update blog
*take 5 jap*
tepu dah dok study (kunun)

lagi beberapa jam lagi 2016 
akan meninggalkan kita
so bye-bye 2016
Assalamualaikum 2017!

sepanjang perjalanan 2016
banyak rintangan dilalui
phewww
semak kepala juga
tapi Alhamdulillah 
semuanya berjaya di atasi

2016
adalah tahun yang sangat perit jugalah
tambah-tambah dalam ikatan persahabatan
tapi kepada awak-awak
yang tetap setia dan utuh di sisi saya
dan kenal saya sedalam-dalamnya
terima kasih!
sumpah sayang korang!
* you know who you are*

2017
adalah tahun perjalanan dalam
menggengam segulung ijazah
semak otak & sesak dada bila fikirkan
takpe dah tak lama mana dah
doakan semuanya dipermudahkan
aminnnnnnnn

tue jelah aku nak bebel
dalam blog nie
so aku dah nak sambung study balik
Happy New Year, guys!


Friday 23 December 2016

Trio Obor-Obor

Trio Obor-Obor?
apa benda tue?
hahaha
sebab Trio Obor-Obor bakal berpisah
 buat sementara waktu
saja buat special entry nie untuk kenang balik 
zaman Trio  Obor-Obor di wujudkan

sapa je ahli Trio Obor-Obor nie?

tara~~

secara official-nya Trio Obor-Obor nie
terdiri daripada kami bertigalah
aku, Lizza & Ayie


Trio obor-obor nie merupakan salah satu 
relationship yang sangat special
dalam hidup aku

Segalanya bermula dengan perlantikan kami


sebagai
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Island College Of Technology (ICT) 
Sidang 2015/2016

Masing-masing tak kenal antara satu sama lain,
masing-masing ambik course lain-lain
bertegur sapa tue memang taklah kan
untuk permulaannyalah

 waktu permulaan perlantikan tue 
aku sangat jarang bergaul dengan MPP lain
yang aku kenal cuma Wani, Syu & Dayah
sebab diaorang memang classmate aku

sehingga lah kami join satu event kat seberang nie
aku dah start rapat dengan Ayie & Lizza
dan Ayielah pencetus Trio Obor-Obor nie :)

dah masing-masing tahu perangai gila masing-masing
kami pun 
duk merapu sekali
duk melawak sekali
duk buat luahan hati sekali
dan 
macam-macam lagilah 
(panjang sangat nak senaraikan)




banyak memori yang dah kami lakar bersama
suka duka
penat lelah 
selama dengan Trio Obor-Obor nie
tak lupa juga
kerana MPP kami rapat macam sekarang nie

memandangkan 
Ayie & Lizza dah last sem
maka Trio Obor-Obor pun akan berehat sebentar
(berehat je, takkan bubar tau!)

InsyaALLAH
kalau ada masa nanti kami buat comeback nah
*yang mana tau-tau*
hahahaha

untuk korang berdua
banyak lagi halangan & cabaran
 yang duk tunggu korang berdua
kat depan sana
so
Selamat maju jaya tau!

ada masa & kelapangan nanti kita jumpa ok?

buat masa nie
take care tau Ayie & Lizza
 ;)
mucho love!


Sunday 18 December 2016

Dugaan Pagi Jumaat

Assalamualaikum & hye!
hari nie aku kerajinan nak update blog..
dah dekat-dekat nak final exam nielah aku rajin nak menaip kat sini

takde lah nak update apa-apa yang gempak ke apa
cuma nak share story hari jumaat baru nie
yang berlaku kat aku
pheeeeewww
pagi yang sangat kelam kabut bagi aku

meh sini nak story

Mula dengan kereta aku  rosak, so dah kereta rosak
 aku pun pergilah ambik motor, 
lepas je start enjin motor
tengok-tengok minyak motor
memang jarum dah hujung meter merah dah..
time tue aku memang tawakal jela kat Allah 
supaya aku sempat sampai kolej 
janganlah motor tue mati kat atas bukit ke
tengah jalan ke..
yelah otw pergi kolej aku memang takde stesen minyak...
selain daripada bertawakal semoga sempat sampai kolej
 aku tawakal juga supaya counterpart aku dari USM sampai lambat..
maunya aku tak tawakal supaya dia datang lambat
 dah aku orang first kena present..
yelah makan masa dah waktu nak amik moto tadi apa semua...
 Ok takpelah, lepas tue ngam-ngam je aku sampai kolej
 (Alhamdulillah motor aku tak mati tengah jalan ke atas bukit ke)
 aku nampak counterpart aku tengah jalan nak masuk kelas..
so apa lagi, aku cepat-cepat aku park motor & berlari-lari anak masuk kelas..
dah masuk kelas, letak beg, duduk apa semua 
aku pun ready lah nak keluarkan report aku nak bagi kat  madam aku & counterpart..
dah report aku cari tak jumpa pulak!
dahlah tengah gelabah datang lambat 
lepas tue aku orang first present pula..
Nak tercabut jantung aku bila tak jumpa report aku..
cari punya cari sebaik jumpa..
rupanya terselit tepi file weh! 
Phewwwww....nasib baik! 
nak nangis dah aku kalau hilang report tue
lepas tue nama aku kena panggil.. dia punya nervous
hanya Allah je tahu wei!
settle je present aku rasa macam lega yakmat! 
Alhamdulillah..
sebaik semua present & assignment pun dah settle
 so lenie road to final lah pula..
tue je citer aku..
sekian


time nie tengah ready nak present~

lepas je abis kelas hari jumaat tue aku terus
pergi Paragon layan movie Bedeviled
yang tak best tue
nasib baik tiket freee
muehehehehehe...

ok lah penat type
nanti aku free aku update lagi ye!


Friday 22 July 2016

Raya 2016 (#TeamRayaPenang)

Assalamualaikum & hye!
hari nie ceq rajin nak hupdate entry..

kalau post sebelum nie aku story pasal aku balik kampung
so kali nie cerita pasal selepas balik kampung pulak

ceritanya lepas beberapa hari aku balik dari kampung
aku & 2 3 orang kawan aku nie plan nak pergi
beraya umah classmate kami lah
entah macam mana plan punya plan dari 2 3 orang yang nak pergi 
beraya tue dah jadik 9 orang pula
plan asal kitaorang nak raya 2 buah rumah je 
dah jadik 5 buah rumah kami jeladah
dari Penang sampai ke Kedah lah kami pi beraya
beraya sakan!

mukadimah pun dah panjang benau
so nie gambar kitaorang time pergi beraya hari tue ;)


Nielah muka-muka pegi beraya tue eh
#Classmate


dah nama pun pegi beraya kan
haruslah ada makan-makan
5 buah rumah kami pegi
5-5 buah rumah kami bedal makanan yang tuan rumah hidang
thank you tuan-tuan rumah..
makanan semua best-best!

part paling best bila.......

kau dah tua pun kau dapat duit raya!
thank you kak Yana & mama Farahanim 
sebab baik hati bagi kat kami duit raya...ngeeeee

So pengembaraan kami dari Penang ke

Permatang Pauh (Rumah Eika) -> Kulim (Rumah Yana) -> Bertam (Rumah Farahanim) -> Sungai Petani (Rumah Roih) -> Bayan Baru (Rumah Syu)

dari pagi sampai ke tengah malam punya beraya sakan!

kepada tuan rumah semua
TERIMA KASIH
kami ucapkan dan mohon maaf la kalau ada 
perangai kami yang kurang berkenan di mata
yelah pegi rumah orang kemain riuh lagi kat rumah orang
kalau tak kisah tahun depan kami pegi lagi nah..

owhhh sebelum terlupa

last rumah kami jejak (beberapa hari sebelum berakhirnya Syawal)


rumah terbuka Puan Idayu!
tq Puan sebab jemput kami
heeeeeee~

insyaALLAH
panjang umur jumpa lagi tahun depan punya Syawal eh..


kbye!


Monday 9 May 2016

Ber-Bowling

Assalamualaikum & hye!
hari nie terjumpa 'kerajinan' untuk update blog :)

so nak share sabtu (7/5/2016) baru nie 
our junior buat pertandingan 
bowling dekat Bukit Jambul
memandangkan aku & the geng pun free so kitaorg join program nie

malas citer panjang-panjang
engko orang layan je la gambar-gambar kat bawah nie ok?


sampai je Classic Bowl nie kitaorang selfie dulu!

#MyTeam
aku, syu & wani

#TeamJiranSebelah
dayah, ayie & lizza

#TeamJiranBelakang
zul, hazril & En.Hapis (our HEP)
team paling riuh & team paling suka fight point dengan team kami

team kitaorang tak menang pun
asyik cuci longkang je
harap first game je banyak strike
masuk second game & third game dah mula lenguh tangan
al-maklumla dah lama tak main bowling nie...heeee

walaupun tak menang tapi kami enjoy!

exco disiplin vs exco aktiviti

us!



size 3 vs size 10

part nie paling best
kesian si Syu kena bahan sebab kaki kecik
bertabahlah Syu oiii

Trio Obor-Obor in Classic Bowl!

me with my senior a.k.a PA Puan Idayu :)

Puan Idayu & organizer

tahniah organizer sebab anjurkan pertandingan nie
semoga korang buat lagi la aktiviti macam 
nie pada masa akan datang

okbye!







Friday 8 April 2016

Bertukarr!

Assalamualaikum & hye!
gila "bersawang" blog..
al maklumla blog semakin terpinggir lenie
 akibat kebizian (busy sangat!)

berbalik kepada tajuk post..
bertukarrrrr (ala-ala superhero gitew)
apa yang bertukarnya?

ha meh sini nak kabo
kalau korang perasanlah aku dah tuka blog address nie


tue..tue cheq dah highlight..ngeee
bukan takat blog address je dah tuka
dengan background semua dah tuka..

angin apa tah melanda sampai nak tukar-tukar nie
by the way nie adalah rupa bentuk blog sebelum di tukar




takde dah capsicum
eh! lupa pulak nak screenshot
 blog address yang lama..
takpelah..

tue je nak bagitau!
ala macam korang kesah kan?
korang tak kesah pun aku nak bagitau juga :p

by the way selamat "berjalan-jalan" kat blog aku
insyaALLAH
ada masa, ada peluang nanti aku update lagi
have a nice day!


Sayonara!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...