Tuesday 21 February 2017

Melaka

Assalamualaikum & hye
Geeemorning people!
hari nie aku kerajinan nak share trip ke Melaka 
tapi kali nie pergi dengan kawan-kawan aku bukan dengan family aku
nie sebenarnya cerita dua minggu lepas tapi baru berkesempatan nak update dekat blog nie..hehe

kitaorang (aku, yana. syu & eika) plan nak pergi Melaka nie dari bulan januari hari tue
setelah mengkaji selidik tempat dan sebagainya
barulah kitaorang pilih tarikh nak pergi, balik & booking bilik dan sebagainya
sebenarnya plan nak bercuti berjemaah nie dah lama cuma baru sekarang dapat tercapai..hahaha

so kami bertolak pada 6 februari dalam pukul 9.45 pagi 
dari pulau ye, sebab aku & syu memang stay kat pulau
lepas tue pergi ambik eika & yana kat Seberang baru kami bertolak ke Melaka
perjalanan kami lebih kurang 4 jam lebih dari seberang ke Melaka
lebih kurang pukul 2 petang macam tue kami sampai kat Melaka

alhamdulillah perjalanan super duper lancar
maklumlah kami bercuti di hari orang bekerja
jalan memang smooth jelah
kami cuma berhenti di RNR dua kali je
yang first tue berhenti sebab nak makan bihun yang mak eika bekalkan kat kami
RNR kedua tue sebab nak topup minyak je
lepas tue kami sambung balik perjalanan kami

sampai je kat Melaka kami pergi check in dulu
kat Melaka kami stay dekat Syaz Meridien Hotel
ambik bilik executive family room
memang kami request family room, baru best tido ramai-ramai sambil buat pillow talk (lah sangat..hahaha)
untuk student macam kami nie, stay kat hotel gini jelah mampu
aku book hotel nie guna booking.com je
kalau korang nak guna agoda ke trivago ke pun boleh, mana-mana site yang korang selesa lah
oh! kawasan hotel sangat strategik
keluar sikit je dah dapat town dia, korang nak jalan kaki pun boleh

lepas je check in
kami terus pergi try Coconut Shake Klebang yang famous tue
mujur time kami sampai takdela sampai beratur panjang walaupun ramai orang time tue

lepas je pekena Coconut shake
kami pergi cari pulak kuih keria (orang penang cakap coq keria...hahaha)
tapi disebabkan beratur panjanggggggg gila
so kami lupakan dulu niat kami

so lepas tue kami pergi cari asam pedas lah pulak
dah datang Melaka, menu wajib cari adalah asam pedas
walaupun tekak aku tak ngam dengan asam pedas
mencuba asam pedas Melaka itu wajib ye..

dah habis makan apa semua
kami balik hotel bersihkan diri apa semua, lepas maghrib
pula kami merayau kat pekan Melaka tue
kali pergi jelajah shopping mall bawah tanah tue
lepas jalan bersepah + shopping
kami gerak pula ke Melaka River cruise

time tengah tunggu turn nak naik cruise

nie selepas naik cruise

settle naik cruise, kitaorang pergi makan + celebrate birthday aku...hoho
lepas tue balik tido lah!

esoknya tue kami meneruskan aktiviti makan pagi
actually datang Melaka nie datang makan je aku rasa..hahhahahha
kami pergi try roti canai kayu arang (kalau tak silap)
not bad ah..tapi ramai la juga orang, walaupun ramai orang tapi takdelah lama sangat tunggu
tak mereput ah tunggu

lepas makan kami sempat singgah kat tepi sungai Melaka tue
ambiklah gambar sekeping dua kat tepi sungai tue 
ok tipu, buka sekeping dua tapi berkeping-keping gambar juga ah ambik
tambah pulak kat tepi-tepi dinding tue ada lukisan art street macam kat Penang
so ambik gambar sampai lebam

lepas habis merapu kat tepi sungai Melaka tue
kami pergi panjat bukit st paul

sambung pulak jalan bersepah dekat
Bangunan Stadhuys

habis jalan bersepah kat sini
kami memanjangkan langkah kami ke Masbro Village
taraaaa!
tempat dia lawa, cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb!
tapi tue lah bukan boleh ambik gambar dalam nie kalau kau takde booking nak tido sini ok
rezeki kami lah dapat snap gambar sekeping dua sebelum dihalau secara terhormat disebabkan takde booking kat sini ye
Masbro Village nie dari pekan Melaka setengah jam juga la tak silap aku
lupa dah, tapi yang pasti tak dekat lah dengan pekan Melaka

lepas habis jelajah sini kami patah balik dan dapatkan coq keria idaman ramai tuee
sebaik lah time kami sampai takdelah ramai sangat orang
tapi tetap kena tunggu juga ye sebab dia tengah goreng
sedap gila tak tipu!
tak sia-sia Syu & Eika pergi beratur untuk dapatkan coq keria nie...perghhh mabeles wei
memang sapa-sapa pergi Melaka wajib beli nie
 lepas makan nie kami sambung bantai laksa pulak
lepas makan laksa baru kami balik ke hotel dan packing barang untuk ke Selangor pulak malam tue

lepas packing sebelum ke Selangor kami pekena pula
Naan Cheese Pak Putra 
kami order triple cheese naan, ko ghase?
settle naan cheese terus kami pergi makan asam pedas claypot (ye makan lagi..haha)

lepas je makan, lebih kurang pukul 7 petang macam tue kami bertolak ke Seri Kembangan
sampai je kami stay rumah kakak Syu
esoknya bangun pepagi pergi jelajah Ikea Damansara
misinya adalah
makan meatball + shopping
lepas tue terus gerak ke Jalan TAR
shopping tudung kat sana

petang macam tue baru kami beransur pulang ke Penang tercinta

lepas balik je malam tue aku terus demam + muntah + lain-lain
dah seminggu lebih baru nak baik
lepas baik nie baru ada mood nak update blog

kbye!



2 comments:

  1. teringat pergi Melaka dulu dengan seluruh coursemate sebab kiteorg diwajibkan untuk pergi, tapi seronok jalan2 kat melaka ni hehe. Done follow sini http://mulan-sahbanu.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf la lambat reply...baru sempat menjenguk blog..hehe

      pegi dgn kawan2 mmg best!

      nnti kita follow ye..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...