Saturday, 18 November 2023

Ada Ke Takde?

Assalamualaikum & hye!

Lama gila tak mengarang dekat sini kan?

sekarang blogging sangat lah ketinggalan jauh

sebab semua dah duk guna Instagram & TikTok kan?


Kadang-kadang aku rindu nak 

mengarang kat sini, kongsi cerita macam dulu-dulu

zaman blogging tengah hype


tapi apakan daya

aku terikat dengan komitmen kerja, rumah tangga, etc.

rasa matang tetiba🀣

nak update kat status whatsapp pun makan minggu.


So,

ada ke takde?

ada je cuma tak aktif.

yeah blog pun dah tak hype sekarang ni.


ok lah

Apa-apa pun Kacira harap korang baik-baik saja ok?

Take care!

πŸ’•



Thursday, 7 July 2022

Kacira Off Market

Hi & Assalamualaikum!
 Lama gila kan Kacira tak update blog.
Bukan tahap berhabuk dah. Bersawang siap🀣🀣
Nak menaip ni jenuh perah otak, maklumlah lama gila tak bercerita dengan korang

Jadi hari ni Kacira ada sedikit kerajinan meng-update blog
serta meng-update status Kacira disini.
Sesungguhnya Kacira ampa ni officially dah nikah (sebulan dah ampaπŸ˜‚)

Alhamdulillah June 2022 lepas
Kacira sah dah jadi isteri kepada seorang Amirul.

Dah panjang naw type mukadimah
Jom la Kacira belanja sikit gambar nikah Kacira






Alhamdulillah Amirul lafaz akad sekali je

Ayah tengah nangis time ni :(


Venue kenduri Kacira
Makanan dia semua sedap alhamdulillah, 
paling sedap Kurma Kambing dia

πŸ’“


😍




Untuk semua tetamu, 
terima kasih kerana sudi hadir ke kenduri kami berdua
dan terima kasih atas doa kalian, 
semoga doa baiknya berbalik juga kepada kalian

Dan kepada mereka yang bagi macam-macam hadiah kat kami 
dan kepada mereka yang
menyumbangkan kudrat untuk kedua-dua kenduri kami
terima kasih sangat-sangat
hanya Allah mampu balas budi kalian.

kepada tukang sponsor (anda tahu apa yang anda sponsor)
untuk kenduri Kacira
Terima kasih banyak-banyak
hanya ALLAH saja yang mampu balas jasa korang
πŸ™πŸ™

Kepada mereka yang tak dapat hadir
takpe kami faham atas komitmen korang
nanti kita jumpa ok?


The Beginning Of Our Forever
#YasirAmirul πŸ’“






Friday, 9 November 2018

Kacira Baling 'Topi'

Assalamualaikum & hye korang.
Sesungguhnya telah lama blog tak bersiarankan.
Tapi takpe, kali ni nak share story kat korang yang 
aku dah selamat berkonvo baru ni

Takdelah baru sangat dah masuk 2 minggu pun,
tapi bila nak menaip je kat blog, mesti adaaaaa je keje nak kena buat
makanya tertangguh.

So,
malam ni aku rajin sikit nak update 
pasal aku berkonvo baru ni!

Alhamdulillah,
27 October 2018 baru ni, 
dapat merasa naik pentas konvokesyen USM.
Kalau dulu diploma, kali ni ijazah pulak :)

Kali ni semangat untuk konvo tu lebih sikit.

Kenapa?
sebab kali ni, aku rasa perjalanan nak 
dapatkan segulung ijazah tu sangat sukar.
Macam-macam tekanan aku lalui.
Baik dari sudut pelajaran & persahabatan.

Kali ni lebih banyak ujian emosi.
Banyak kali juga koyak.
So untuk kali ni aku naik pentas dengan rasa semangat.
Semangat nak tamatkan semua ni..hahaha

Cerita banyak karang korang bosan.
So, nah aku belanja gambar konvo aku!








Class Of 2018



Disebabkan aku tak dapat lagi gambar naik pentas, 
makanya buh jela gambar pegang belon.
Aci la kan? hahahaha

Ni merupakan hadiah special untuk mak ayah aku πŸ’‹

Anyway,
terima kasih untuk semua lecturer yang penah mengajar aku selama ni,
jasa anda akan saya kenang sampai bila-bila 😊

Untuk SeraiPandan People, K.I.T.A Family, girlfriend, Geng Mpp dan kawan-kawan lain,
terima kasih sudi datang ke untuk raikan hari 'besar' aku
tambah-tambah yang gigih mai dari jauh & discharge je dari hospital terus datang konvo aku.

Terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada 'tulang belakang' aku
Aku hargai dan sayang persahabatan kita ni.
Sayang korang sangat-sangat.

Untuk kawan-kawan yang tak dapat datang
sebab hal-hal tak dapat di elakkan, takpe aku faham je.
Aku tetap juga sayang korang 

Untuk kawan-kawan yang berkonvo sekali dengan aku,
tahniah untuk korang!
Semoga terus sukses dimasa hadapan.
Keep in touch ok?

Kepada yang baik hati lagi nurani sebab wish, kasi hadiah,
bouquet chocolate, brokoli, bear, belon & add ons punya hadiah & surprise
kamsahamnida guys!πŸ’—



******************************************************************
The End

#PurpleFlood
#USM56thConvocation 

Wednesday, 24 October 2018

Pre-Convo










#KaciraBalingTopi
#RoadToPurpleFlood
#USM56thConvocation
#AyangAyangKacira



To be continued..........



Sunday, 11 February 2018

Degree : The End

Assalamualaikum & hye!

ok kali ni rajin sikit nak menaip kat blog.
Al maklum lah, dah jadi penganggur terhormat,
pastu takde keje nak buat, so menaip jela.

7 February yang lalu
genaplah umur aku 27 tahun 
dan
pada hari yang sama juga result final keluar.
Alhamdulillah semuanya lulus 

Jadi,
dengan ini aku mengisytiharkan 'MERDEKA"
untuk diri sendiri..heheh.
Dah boleh buang title "pelajar" buat sementara ni 
(insyaALLAH pegang balik title tu time nak sambung Master & PhD)


Syukur, Alhamdulillah

macam tak sangka dah habis degree.
Masih teringat lagi time mula-mula masuk degree
time tu semangat tak kuat, hari-hari nangis
rasa nak berhenti.
Mak aku adalah orang yang selalu dengar aku mengadu pasal degree.

Walaupun pada mulanya rasa nak give up
tapi aku cari balik kekuatan untuk teruskan degree.
Aku nak capai cita-cita dan impian keluarga aku yang nak tengok aku berjaya

Perjalanan nak dapatkan degree ni tak semudah masa belajar diploma dulu.
Jujur aku cakap, banyak tekanan dan dugaan yang aku alami
tapi Alhamdulillah, aku berjaya menempuhi semua itu,
yang penting hati kena kental.

Terima kasih kepada mak & ayah yang selalu doakan kakak,
bagi sokongan tanpa jemu dekat kakak

Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu 
memberikan ilmu & sokongan kepada saya

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu bagi kata semangat untuk aku terus berusaha mendapatkan degree.. (especially untuk manusia-manusia yang bagi ayat motivasi ni, tq korang!)

Terima kasih yang tak terhingga la kepada semua
yang mendoakan & memberikan sokongan.

So,
sekarang ni fasa mencari kerja.
Ada sesiapa yang sudi nak kasi aku kerja?hehe

Doakan proses mencari kerja berjalan lancar
ni dah masuk fasa nak tolong mak ayah yang dulunya bersusah payah jaga makan pakai aku
Doakan juga dipermudahkan urusan nak tolong mak ayah ye :)

Ermmmm,
ada juga yang tanya
tak nak sambung Master ke?
sapa tak nak sambung kan? mesti la nak!

InsyaALLAH,
maybe akan sambung lepas 3-4 tahun kerja.
Doa-doakan ye.

AMIN :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...