Friday, 8 April 2016

Bertukarr!

Assalamualaikum & hye!
gila "bersawang" blog..
al maklumla blog semakin terpinggir lenie
 akibat kebizian (busy sangat!)

berbalik kepada tajuk post..
bertukarrrrr (ala-ala superhero gitew)
apa yang bertukarnya?

ha meh sini nak kabo
kalau korang perasanlah aku dah tuka blog address nie


tue..tue cheq dah highlight..ngeee
bukan takat blog address je dah tuka
dengan background semua dah tuka..

angin apa tah melanda sampai nak tukar-tukar nie
by the way nie adalah rupa bentuk blog sebelum di tukar




takde dah capsicum
eh! lupa pulak nak screenshot
 blog address yang lama..
takpelah..

tue je nak bagitau!
ala macam korang kesah kan?
korang tak kesah pun aku nak bagitau juga :p

by the way selamat "berjalan-jalan" kat blog aku
insyaALLAH
ada masa, ada peluang nanti aku update lagi
have a nice day!


Sayonara!






Monday, 2 November 2015

MSC Gala Dinner: Garden Of Lights

Assalamualaikum & hye!
lamanya tak update blog!
rindu sebenarnya nak update blog
tapi masa tak mengizinkan..
mana nak buat assignment lagi, tuto la apala
sampai rumah je dah malam...letih mak nakk..

well hari nie kerajinan update entry pasal dinner baru ni
takla baru sangat
cerita basi kekdahnyeee..

so 24 October baru nie sempat join dinner 
anjuran budak-budak junior diploma (final student)

malam tue pergi dinner bertiga ajela

~ok gambar gedik pulak..ahaks!~

dress code dinner malam tue 
Smart Casual (Purple & White)

tapi aku nie suka jiwa je pakai baju lari tema
bajet lari nak melaram ye malam tue kahkahkah..
aku pakai blouse purple sebenarnya bawah selendang black & white tue tapi
dah terlindungkan mana la nak nampak

~doorgift~

malam tue makanan memang sedap!

~yum..yum~

sambil makan duk dengar & tengok junior buat show malam tue
tengah-tengah syok makan tetiba nombor aku kena panggil

~yeay~

aku & Mira menang hadiah cabutan bertuah malam tue...
Alhamdulillah!

lepas makan semua
apalagi 
sesi amik gambar la sebelum bersurai!

~Din, Mira, Kak Sue, me & A'dl~

~with the ladies!~
yang sebelah aku tue Umie..
dia pun perform malam tue

psssssstt...suara dia superb wei!

~us with Madam Idayu~

~me with mummy & daddy~
dah kenapa mummy aku kecik?

~si kembar (Wana&Wani)

Alhamdulillah program adik-adik junior nie berjalan lancar!
congrats untuk adik-adik semua
moga-moga full marks eh semua untuk project korang nie

btw thanks sudi jemput event korang nie!

:)





Thursday, 25 June 2015

Special Entry

Entry ini khas buat mereka.

Mereka yang sentiasa di sisi waktu susah dan senang aku.
Mereka yang sentiasa ada di waktu-waktu sukar aku.
Mereka yang sentiasa ikhlas berkawan dan berkongsi rasa dengan aku.
Mereka yang sentiasa memberi sokongan di kala aku jatuh.
Mereka yang sentiasa menceriakan hari-hari suram aku.

Manakan boleh dilupa kenangan yang telah dilakar bersama
Ketawa dan menangis bersama
Kasih dan sayang yang telah terjalin antara kita tak akan terhapus begitu sahaja

Terima kasih ALLAH atas cinta, kasih & sayang ini,
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadiahkan' mereka kepada aku.
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadirkan' mereka di kala aku mencari teman sejati.
Terima kasih ALLAH di atas persahabatan ini,
semoga persahabatan ini terjalin kekal abadi buat selamanya

dan kepada mereka ini


Terima kasih kalian kerana ada dalam sebahagian dalam diri ini 
dan menjadi salah satu perkara terindah hidup ini.
Sekali lagi
Terima kasih sahabat!

dan buat diri kalian
anda tahu siapa diri anda ;)




Tuesday, 10 February 2015

BigBob Cafe

Assalamualaikum & hye
nak chegita..
baru nie iolls sempat menyinggah Mydin Bertam...
lepas je jalan bersepah-sepah dekat Mydin tue
tetiba perut iolss super lapar..

makanya misi mencari kedai makan berlangsung..
tetiba si ayah iollss memberi cadangan makan dekat
BigBob Cafe nie..
dekat mana?
dekat Bertam Kiosk sana ha...

actually mak ayah aku dah penah makan kat sini
dan diaorang sangat lah puas hati dengan
 rasa makanan dekat sini

jadinya aku pun setuju ajerla 
nak try makan dekat sini

so aku pilih untuk order nie

bbq grill chicken & ribena lychee
dan 
mak ayah aku order nie

meatball & beef burger
*nama dia aku tak berapa ingat la..maap eh*

rasa dia superb weh 
(bagi akulah...maklumla citarasa manusia berbeza-beza)
tapi aku still nak recommend korang makan kat sini..

selain daripada sedap
portion makanan dia sangat banyak, murah, servis baik & kedai nie bersih ok..

lupa nak khabor..
roti burger tue diaorang buat sendiri tau...
serius sedap..

Nak cari Bertam Kioks nie senang je
kalau dari Penang, lalu highway korang exit 'Bertam, Kepala Batas'
lepas tol Bertam tue amik kiri..
jalan terus sikit belah kanan korang dah nampak Bertam kioks nie

nak lagi senang cari or info lebih lanjut 
bole klik dekat logo-logo
kat bawah nie 
semua maklumat ada :)










Sunday, 26 October 2014

Ayat Motivasi

Semenjak dua menjak nie aku suka sangat rasa down
cepat benau rasa stress, nak nangis, sensitip

pastue mula la keluar ayat merapu
"aku nak benti belajar lah"
=_=

perjuangan baru nak bermula, aku dah nak mengalah
baru sem satu wei.

so bila aku down
aku pun mengadu dekat best friends aku

dan
aku dapat ayat motivasi macam nie (sebab panjang aku ringkaskan jela ye)

A: Degree nie mana ada bahagia mana pun tapi kenala kuat sikit.
Memang hati jiwa raga kena kuat. Itulah kuncinya. 

B: Setiap permulaan pasti ada kesusahan. Belajar nie kan satu jihad. InsyaAllah, Allah akan  memudahkan bagi setiap hamba-NYA.  Kenapa Allah saja nak bagi kita rasa susah pada   mulanya? Sebabnya DIA nak kita rasa kemanisan di penghujungnya nanti. Enjoy every moment time belajar nie.

C: Belajar untuk dapat ilmu. Untuk dapat redha Allah, yang penting usaha, doa & tawakkal. Memang sekarang rasa stress, percayalah nanti bila kerja akan rindu zaman study

lepas fikir dan hadam balik kata-kata diaorang nie
barula aku sedar diri dan baru rasa diri nie bemotivasi sikit.

ala
baru sem satu kan?
chill lah
*kata-kata semangat untuk diri sendiri* Kunun...hahaha

kepada anda yang sentiasa memotivasikan aku
thanks ya :)

so sekarang dah tak mau stress-stress

Figthing!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...