Friday, 22 July 2016

Raya 2016 (#TeamRayaPenang)

Assalamualaikum & hye!
hari nie ceq rajin nak hupdate entry..

kalau post sebelum nie aku story pasal aku balik kampung
so kali nie cerita pasal selepas balik kampung pulak

ceritanya lepas beberapa hari aku balik dari kampung
aku & 2 3 orang kawan aku nie plan nak pergi
beraya umah classmate kami lah
entah macam mana plan punya plan dari 2 3 orang yang nak pergi 
beraya tue dah jadik 9 orang pula
plan asal kitaorang nak raya 2 buah rumah je 
dah jadik 5 buah rumah kami jeladah
dari Penang sampai ke Kedah lah kami pi beraya
beraya sakan!

mukadimah pun dah panjang benau
so nie gambar kitaorang time pergi beraya hari tue ;)


Nielah muka-muka pegi beraya tue eh
#Classmate


dah nama pun pegi beraya kan
haruslah ada makan-makan
5 buah rumah kami pegi
5-5 buah rumah kami bedal makanan yang tuan rumah hidang
thank you tuan-tuan rumah..
makanan semua best-best!

part paling best bila.......

kau dah tua pun kau dapat duit raya!
thank you kak Yana & mama Farahanim 
sebab baik hati bagi kat kami duit raya...ngeeeee

So pengembaraan kami dari Penang ke

Permatang Pauh (Rumah Eika) -> Kulim (Rumah Yana) -> Bertam (Rumah Farahanim) -> Sungai Petani (Rumah Roih) -> Bayan Baru (Rumah Syu)

dari pagi sampai ke tengah malam punya beraya sakan!

kepada tuan rumah semua
TERIMA KASIH
kami ucapkan dan mohon maaf la kalau ada 
perangai kami yang kurang berkenan di mata
yelah pegi rumah orang kemain riuh lagi kat rumah orang
kalau tak kisah tahun depan kami pegi lagi nah..

owhhh sebelum terlupa

last rumah kami jejak (beberapa hari sebelum berakhirnya Syawal)


rumah terbuka Puan Idayu!
tq Puan sebab jemput kami
heeeeeee~

insyaALLAH
panjang umur jumpa lagi tahun depan punya Syawal eh..


kbye!


Monday, 9 May 2016

Ber-Bowling

Assalamualaikum & hye!
hari nie terjumpa 'kerajinan' untuk update blog :)

so nak share sabtu (7/5/2016) baru nie 
our junior buat pertandingan 
bowling dekat Bukit Jambul
memandangkan aku & the geng pun free so kitaorg join program nie

malas citer panjang-panjang
engko orang layan je la gambar-gambar kat bawah nie ok?


sampai je Classic Bowl nie kitaorang selfie dulu!

#MyTeam
aku, syu & wani

#TeamJiranSebelah
dayah, ayie & lizza

#TeamJiranBelakang
zul, hazril & En.Hapis (our HEP)
team paling riuh & team paling suka fight point dengan team kami

team kitaorang tak menang pun
asyik cuci longkang je
harap first game je banyak strike
masuk second game & third game dah mula lenguh tangan
al-maklumla dah lama tak main bowling nie...heeee

walaupun tak menang tapi kami enjoy!

exco disiplin vs exco aktiviti

us!



size 3 vs size 10

part nie paling best
kesian si Syu kena bahan sebab kaki kecik
bertabahlah Syu oiii

Trio Obor-Obor in Classic Bowl!

me with my senior a.k.a PA Puan Idayu :)

Puan Idayu & organizer

tahniah organizer sebab anjurkan pertandingan nie
semoga korang buat lagi la aktiviti macam 
nie pada masa akan datang

okbye!







Friday, 8 April 2016

Bertukarr!

Assalamualaikum & hye!
gila "bersawang" blog..
al maklumla blog semakin terpinggir lenie
 akibat kebizian (busy sangat!)

berbalik kepada tajuk post..
bertukarrrrr (ala-ala superhero gitew)
apa yang bertukarnya?

ha meh sini nak kabo
kalau korang perasanlah aku dah tuka blog address nie


tue..tue cheq dah highlight..ngeee
bukan takat blog address je dah tuka
dengan background semua dah tuka..

angin apa tah melanda sampai nak tukar-tukar nie
by the way nie adalah rupa bentuk blog sebelum di tukar




takde dah capsicum
eh! lupa pulak nak screenshot
 blog address yang lama..
takpelah..

tue je nak bagitau!
ala macam korang kesah kan?
korang tak kesah pun aku nak bagitau juga :p

by the way selamat "berjalan-jalan" kat blog aku
insyaALLAH
ada masa, ada peluang nanti aku update lagi
have a nice day!


Sayonara!






Monday, 2 November 2015

MSC Gala Dinner: Garden Of Lights

Assalamualaikum & hye!
lamanya tak update blog!
rindu sebenarnya nak update blog
tapi masa tak mengizinkan..
mana nak buat assignment lagi, tuto la apala
sampai rumah je dah malam...letih mak nakk..

well hari nie kerajinan update entry pasal dinner baru ni
takla baru sangat
cerita basi kekdahnyeee..

so 24 October baru nie sempat join dinner 
anjuran budak-budak junior diploma (final student)

malam tue pergi dinner bertiga ajela

~ok gambar gedik pulak..ahaks!~

dress code dinner malam tue 
Smart Casual (Purple & White)

tapi aku nie suka jiwa je pakai baju lari tema
bajet lari nak melaram ye malam tue kahkahkah..
aku pakai blouse purple sebenarnya bawah selendang black & white tue tapi
dah terlindungkan mana la nak nampak

~doorgift~

malam tue makanan memang sedap!

~yum..yum~

sambil makan duk dengar & tengok junior buat show malam tue
tengah-tengah syok makan tetiba nombor aku kena panggil

~yeay~

aku & Mira menang hadiah cabutan bertuah malam tue...
Alhamdulillah!

lepas makan semua
apalagi 
sesi amik gambar la sebelum bersurai!

~Din, Mira, Kak Sue, me & A'dl~

~with the ladies!~
yang sebelah aku tue Umie..
dia pun perform malam tue

psssssstt...suara dia superb wei!

~us with Madam Idayu~

~me with mummy & daddy~
dah kenapa mummy aku kecik?

~si kembar (Wana&Wani)

Alhamdulillah program adik-adik junior nie berjalan lancar!
congrats untuk adik-adik semua
moga-moga full marks eh semua untuk project korang nie

btw thanks sudi jemput event korang nie!

:)





Thursday, 25 June 2015

Special Entry

Entry ini khas buat mereka.

Mereka yang sentiasa di sisi waktu susah dan senang aku.
Mereka yang sentiasa ada di waktu-waktu sukar aku.
Mereka yang sentiasa ikhlas berkawan dan berkongsi rasa dengan aku.
Mereka yang sentiasa memberi sokongan di kala aku jatuh.
Mereka yang sentiasa menceriakan hari-hari suram aku.

Manakan boleh dilupa kenangan yang telah dilakar bersama
Ketawa dan menangis bersama
Kasih dan sayang yang telah terjalin antara kita tak akan terhapus begitu sahaja

Terima kasih ALLAH atas cinta, kasih & sayang ini,
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadiahkan' mereka kepada aku.
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadirkan' mereka di kala aku mencari teman sejati.
Terima kasih ALLAH di atas persahabatan ini,
semoga persahabatan ini terjalin kekal abadi buat selamanya

dan kepada mereka ini


Terima kasih kalian kerana ada dalam sebahagian dalam diri ini 
dan menjadi salah satu perkara terindah hidup ini.
Sekali lagi
Terima kasih sahabat!

dan buat diri kalian
anda tahu siapa diri anda ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...