Assalamualaikum & hye!
ha kerajinan menaip di blog dah kembali!
biasala aku kalau rajin update sudah semestinya time nak exam time assignment bersepah
ha itulah time kerajinan aku nk update blog mencanak-canak naik...heheh
ok.
Hari ni nak share review pasal produk Cetaphil.
tadi, memandangkan mood study aku ke laut
makanya aku godek-godek phone aku
lepas tue terjumpa lah gambar aku
pada tahun 2015.
Ya Allah bila tengok balik macam nak nangis
tapi still bersyukur sebab muka aku dah makin pulih
sebenarnya muka aku mula rosak time aku gunakan satu local produk nie
asalnya kulit muka aku taklah teruk mana pun
sebab di zaman remaja aku
aku tak guna skincare sangat
sampai la aku terpengaruh dengan review di Instagram
dengan kehebatan local produk nie
aku pun cuba
memula memang ah muka aku flawless gila
halus, gebu, tak yah pakai filter
tapi tak lama
muka aku start breakout
then aku stop guna local produk tue
6 bulan aku merana
tak guna apa-apa skincare hanya guna pencuci muka semata-mata
sampailah junior aku suruh try guna produk Cetaphl
mula-mula aku ragu-ragu
tapi hati still nak cuba sebab niat nak bagi kulit muka ok balik
so aku pergi Guardian beli Cetaphil
dekat setahun la guna
tara!
Alhamdulillah makin pulih (no filter hokkay!)
walaupun tak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya dah tak teruk macam dulu
setahun ye aku bebas dari sebarang penggunaan apa-apa jenis skincare
hanya fokus kepada cleanser Cetaphil sahaja
cuma baru awal bulan januari 2017 aku berani guna nie
nutox moisture emulsion
setakat nie ok je dengan kulit muka aku
doakan semuanya baik-baik jelah
so
peringatan untuk semua pengguna skincare kat luar sana (termasuk diri sendiri)
jangan suka-suka cuba produk yang entah apa-apa dalam pasaran tue
entah berapa banyak merkuri yang ada dalam produk yang diaorang jual tue kita pun taktau
aku tak cakap semua local produk nie teruk ke tak bagus
cuma perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan produk yang korang nak gunakan nanti
jangan kerana taksub nak cantik
merana diri.
Wah, sama la kita...hihi. Saya pun ada guna produk mcm tu lepas tu breakout. Mula insaf. Sekarang tgh baik pulih semula guna pencuci yang x berbuih mcm cetaphil juga..hihi. Salam ziarah. dari:
ReplyDeletehttps://thebeautyofsplendid.blogspot.my/2017/06/my-previous-skincare-products-for-oily.html
maaf la lambat reply...baru sempat menjenguk blog..hehe
ReplyDeletetuela kan..sama lah kita pun dah insaf...
tq sudi singgah blog kita
Hi kak ☺️
ReplyDeleteHye ika....selamat menjejak blog akak... sorry punya lama baru nak approve komen sebab baru ada kerajinan nak buka blog
Delete