Sunday, 11 February 2018

Degree : The End

Assalamualaikum & hye!

ok kali ni rajin sikit nak menaip kat blog.
Al maklum lah, dah jadi penganggur terhormat,
pastu takde keje nak buat, so menaip jela.

7 February yang lalu
genaplah umur aku 27 tahun 
dan
pada hari yang sama juga result final keluar.
Alhamdulillah semuanya lulus 

Jadi,
dengan ini aku mengisytiharkan 'MERDEKA"
untuk diri sendiri..heheh.
Dah boleh buang title "pelajar" buat sementara ni 
(insyaALLAH pegang balik title tu time nak sambung Master & PhD)


Syukur, Alhamdulillah

macam tak sangka dah habis degree.
Masih teringat lagi time mula-mula masuk degree
time tu semangat tak kuat, hari-hari nangis
rasa nak berhenti.
Mak aku adalah orang yang selalu dengar aku mengadu pasal degree.

Walaupun pada mulanya rasa nak give up
tapi aku cari balik kekuatan untuk teruskan degree.
Aku nak capai cita-cita dan impian keluarga aku yang nak tengok aku berjaya

Perjalanan nak dapatkan degree ni tak semudah masa belajar diploma dulu.
Jujur aku cakap, banyak tekanan dan dugaan yang aku alami
tapi Alhamdulillah, aku berjaya menempuhi semua itu,
yang penting hati kena kental.

Terima kasih kepada mak & ayah yang selalu doakan kakak,
bagi sokongan tanpa jemu dekat kakak

Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu 
memberikan ilmu & sokongan kepada saya

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu bagi kata semangat untuk aku terus berusaha mendapatkan degree.. (especially untuk manusia-manusia yang bagi ayat motivasi ni, tq korang!)

Terima kasih yang tak terhingga la kepada semua
yang mendoakan & memberikan sokongan.

So,
sekarang ni fasa mencari kerja.
Ada sesiapa yang sudi nak kasi aku kerja?hehe

Doakan proses mencari kerja berjalan lancar
ni dah masuk fasa nak tolong mak ayah yang dulunya bersusah payah jaga makan pakai aku
Doakan juga dipermudahkan urusan nak tolong mak ayah ye :)

Ermmmm,
ada juga yang tanya
tak nak sambung Master ke?
sapa tak nak sambung kan? mesti la nak!

InsyaALLAH,
maybe akan sambung lepas 3-4 tahun kerja.
Doa-doakan ye.

AMIN :)








Tuesday, 16 January 2018

Last Day Ber-Intern

Assalamualaikum & hye
hari ni kerajinan nak update blog :)

saja nak share
actually today is my last day ber-intern dekat DeliverEat ni.

sedih rasa weh
iyela,
tempat yang hang paling tak benci
dah jadi tempat yang paling hang sayang
sebab tue orang tua-tua pesan jangan benci-benci sangat nanti jatuh sayang
ha dah benda jadi dah kat aku sekarang ni.

alhamdulillah sepanjang proses berlatihan industri kat sini
semuanya dipermudahkan.
Macam-macam benda belajar kat sini
dari hal kerja sampai la ke hal persahabatan

so secara rasminya aku akan habis berlatihan industri lagi 2 jam setengah
dan pastinya aku akan merindui semua momen-momen indah sepanjang aku kat sini







Thank you for all the memories we've shared together
It has been a great pleasure working with you guys

Bye & Take care :)







p/s : kepada pemberi hadiah, tq tau. Kacira loves you

Monday, 13 November 2017

Internship

Hye & assalamualaikum!
pekabo?

rindu sebenarnya nak meng-update blog
tapi serius busy

makin hari blog ni makin terbiar
semenjak duk ber-intern nie
makin malas rasanya nak update blog nie..hahaha

alhamdulillah
misi nak mengenggam ijazah tue semakin hampir
tak sabarnya nak habis!

sedar tak sedar dah dekat 4-5 bulan aku ber-intern 
dekat Deliver Eat sekarang nie
alhamdulillah so far tempat intern ok
manusia-manusia dalam tue pun ok

ramai tanya kenapa lama benau aku intern
meh sini nak story

patutnya aku intern mula September sampai December
tapi aku dapat offer masuk awal
so terjebak la aku mula dari bulan July sampai pertengahan bulan January

eh?
dah kenapa bulan January bukannya December?

sebabnya
aku dah mc dekat 2 minggu time bulan September tue
nak tak nak kena la ganti
as syarat pengijazahan nanti

so takpela
saya yang menurut perintah! haha

sekarang nie aku tengah 
meniti hari untuk tamat intern!

doakan semuanya berjalan lancar tau...hehe

sebelum mengundurkan diri
nah aku lanje gambau aku dengan colleague aku!



kbye!





Tuesday, 19 September 2017

"Hotel" Lam Wah Ee

7 - 13 September 2017
first time weh check in 'hotel' Lam Wah Ee
dia punya bosan level 10 kot  =_=
pastue duk sorang
memang kau tengok dinding
dinding tengok kau
aku siap tengok tv sampai bosan =_=


semuanya sebab tonsil aku tue ada jangkitan kuman & demam bervirus
sebab tue la kena tahan lama dengan doktor tue
doktor tue dah jatuh cinta dengan aku kot hahahahahha
ok ni berangan

aku pun tak tau berapa botol drip yang dimasukkan dalam badan aku
tapi dari hari pertama sampai hari ke enam memang 
drip tue setia dengan aku
sampai kan aku rasa macam kembar siam dah dengan tiang drip tue
kemana-mana aku bawak dia

bukan takat drip je berbotol-botol
pakej dengan ambik darah sekali
yela doktor dah sumbat antibiotik drip pun
asal malam je demam panas
asal malam je demam panas
memang penyudahnya kena amik darah la
sebab doktor takut aku kena denggi 

kalau dah pasal tonsil ada jangkitan kuman & demam bervirus nie
memang lambat ah nak baik
walaupun berbotol air 100 plus aku minum
tak masuk lagi buah kiwi & air lemon
air masak lagi berbotol-botol
tetap tak jalan sangat lah
kau kena juga tunggu sampai tompok-tompok putih
kat tonsil tue hilang baru la reda demam tue

tapi ALHAMDULILLAH la di hari ke enam aku dah beransur pulih
dan akhirnya di hari ketujuh baru la dapat keluar hospital
tue pun doktor kasi mc lagi seminggu tau
eh..discharge dari hospital pun pukul 9 malam tau
punya laaa doktor tue sayang aku..hahaha

nie pun tambah pening nie..
mc lama-lama time intership..lahaii
risau..
sebaik SV ok cumanya aku still kena refer dekat school aku pasal mc nie
mudah-mudahan takde apa-apa masalah la
amin!

Aha!
sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih kepada
mak ayah & adik aku (itu wajib) sebab sudi datang jaga aku kat hospital
terima kasih juga
untuk kawan-kawan + lecturer yang sudi datang melawat aku
Ai is terharu
terima kasih juga
untuk mereka yang tak henti-henti whatsapp aku
tanya khabar aku
ada yang jarang-jarang whatsapp aku pun kerap tanya pasal perkembangan aku
terima kasih!

Terima kasih atas doa kalian untuk kesihatan aku
hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian!

ok lah nak undur diri dulu!
bye
assalamualaikum!

Friday, 24 March 2017

Cetaphil

Assalamualaikum & hye!
ha kerajinan menaip di blog dah kembali!
biasala aku kalau rajin update sudah semestinya time nak exam time assignment bersepah
ha itulah time kerajinan aku nk update blog mencanak-canak naik...heheh

ok.
Hari ni nak share review pasal produk Cetaphil.

tadi, memandangkan mood study aku ke laut
makanya aku godek-godek phone aku
lepas tue terjumpa lah gambar aku 
pada tahun 2015.

Ya Allah bila tengok balik macam nak nangis
tapi still bersyukur sebab muka aku dah makin pulih

sebenarnya muka aku mula rosak time aku gunakan satu local produk nie
asalnya kulit muka aku taklah teruk mana pun
sebab di zaman remaja aku
aku tak guna skincare sangat

sampai la aku terpengaruh dengan review di Instagram
dengan kehebatan local produk nie
aku pun cuba

memula memang ah muka aku flawless gila
halus, gebu, tak yah pakai filter
tapi tak lama
muka aku start breakout
then aku stop guna local produk tue

6 bulan aku merana
tak guna apa-apa skincare hanya guna pencuci muka semata-mata
sampailah junior aku suruh try guna produk Cetaphl

mula-mula aku ragu-ragu
tapi hati still nak cuba sebab niat nak bagi kulit muka ok balik

so aku pergi Guardian beli Cetaphil

dekat setahun la guna

tara!
Alhamdulillah makin pulih (no filter hokkay!)
walaupun tak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya dah tak teruk macam dulu

setahun ye aku bebas dari sebarang penggunaan apa-apa jenis skincare
hanya fokus kepada cleanser Cetaphil sahaja
cuma baru awal bulan januari 2017 aku berani guna nie

nutox moisture emulsion

setakat nie ok je dengan kulit muka aku
doakan semuanya baik-baik jelah

so
peringatan untuk semua pengguna skincare kat luar sana (termasuk diri sendiri)
jangan suka-suka cuba produk yang entah apa-apa dalam pasaran tue
entah berapa banyak merkuri yang ada dalam produk yang diaorang jual tue kita pun taktau

aku tak cakap semua local produk nie teruk ke tak bagus
cuma perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan produk yang korang nak gunakan nanti
jangan kerana taksub nak cantik
merana diri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...